Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Khamis, Ogos 27, 2009
Tugas Seorang Pensyarah
Tugas seorang pensyarah adalah pelbagai, terutamanya di universiti tempat saya bekerja dan mencari rezeki yg halal. Antara 3 tugas utama adalah mengajar, melakukan penyelidikan, dan khidmat masyarakat. Saya banyak bertugas di bahagian pertama, iaitu mengajar di tahap jawatan saya sekarang.
Walau pun latarbelakang akademik saya, kelayakan asas adalah perakaunan, saya juga memiliki sarjana dlm kaunseling. Saya adalah exco perkama 2009-2011. Maka saya pun terlibat sebagai ahli perasa di uitm. Saya seorang drpd beberapa penasihat badan peer kaunselor di uitm. Saya turut aktif daalm pertandingan rekacipta dan inovasi uitm. Alhamdulillah, tahun ini, saya berjaya mendapat 3perak dan 1emas pada IID2009. Dan saya terpilih mewakili uitm ke pertandingan MTE2009, ITEX2009 dan PECIPTA2009. Pada 2007, inovasi kumpulan saya berjaya mendapat gangsa di Geneva. Saya juga ahli dlm projek taman negara uitm. Maka saya dapat berada di taman negara dan tasik kenyir menjalankan amanah diberikan. Saya juga turut aktif dlm gerakan kualiti di fakulti dan uitm. Saya sedang dan pernah terlibat dlm AKPM, AKNC, ISO kampus cawangan dan fakulti2 uitm, kolej2 bersekutu uitm, Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik UiTM. Kalau ditanya,'Siapakah saya di uitm?, jawab saya,'Seorang yg menjalankan amanah secara berilmu'.
Di atas adalah saya melakukan antara tugas saya di uitm. Membuat lakaran kpd pelan bangunan. Maka saya sebagai pensyarah adalah seoran pengajar, guru, fasilitator, kaunselor, penyelidik, pemandu, pengiring, pegawai keselamatan, arkitek, pegawai perubatan, dan pelbagai lagi. seorang pensyarah mempunyai 'macam2 ada' untuk dilakukan.
Labels:
Amanah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan