Dalam kaunseling, kita galakkan diberi kasih bukannya kasihan. Jika kita kasihankan seseorang, kita sebenarnya tidak membantu seorang itu.
Yang baik adalah jika kita kasihkan seseorang. Kasihi beliau kerana kita kasihkan Allah. Apabila kita kasihkan seseorang kerana Allah, maka kita juga kasihkan diri kita kerana Allah. Dan apabila kita kasih seseorang bukannya kasihankan seseorang, kita sebenarnya membantu seseorang itu. Kita sebenarnya inginkan beliau lebih baik daripada keadaan beliau sekarang. Tetapi kita inginkan beliau berusaha, berfikir secara matang untuk berjaya dgn bantuan dan sokongan kita. Kita inginkannya berdikari.
Sebaliknya, jika kita kasihankan seseorang, kita tidak membantunya. Kita hanya akan merosakkannya melalui memanjakannya. Oleh itu, kasihlah seseorang dan kerana Allah. Allah akan turut mengasihani kita. Kerana sesungguhnya, Allah Maha Mengasihani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan