Tadi saya ke jualan gudang mph. Saya niatkan had pembelian tidak lebih drpd rm200.
Alhamdulillah, pembelian saya tadi rm200.90 sahaja. Untuk 15buah buku. Kebanyakan yg mendapat diskaun 70%. Saya beli buku drpd pelbagai bidang. Minat saya memang dlm pelbagai bidang. Jika saya tergoda esok, mungkin saya ke jualan mph lagi. Tetapi saya perlukan seorang pembantu untuk menyenarai buku2 yg saya miliki. Setakat pembelian terakhir, saya anggarkan pembelian saya untuk tahun ini mungkin diantara rm2000 hingga rm3000. Tapi bagi saya, ini adalah pelaburan dan ada kaitan dgn tugas sebagai seorang pensyarah di ipt.
Seorang pakcik saya bersetuju dgn pembelian buku oleh saya. Pembacaan drpd buku yg saya beli mungkin tidak menyumbang kpd peningkatan ilmu untuk digunakan pada masa sekarang. Tetapi ianya mungkin berguna apabila kita berada di tingkat yg lebih tinggi dan pada masa dan tempat yang lain di masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan