Insyaallah, saya akan bermain bolasepak di padang sekolah rendah saya. Ianya setelah 30tahun kali terakhir saya bermain bola sepak di situ.
Perlawanan adalah 11pemain di dalam padang bg setiap pasukan. Pada asalnya, adik2 saya patut turut sama dlm pasukan saya. Tetapi masing2 ada hal sendiri di saat akhir. Tak tahu bila lagi peluang saya untuk bermain bolasepak padang di sekolah rendah saya bersama2 adik2 saya. Semasa saya di sekolah rendah dahulu, adik2 lelaki saya masih belum bersekolah. Yang bongsu baru lahir semasa saya di darjah 6. Saya bermain futsal dgn mereka hampir setiap minggu sekarang. Kalau dulu, bolehlah saya buli mereka, tetapi sekarang saya pula yg dibuli mereka.
Saya masih ingat semasa di sekolah rendah dahulu, apabila saya berjaya menjaringkan gol dari sebelah kanan, saya dgn bangga bgtau ayah saya. Dan saya masih ingat bgmana gol tersebut dijaringkan. Walau bagaimana pun, kehebatan ayah saya sebagai pemain bolasepak semasa beliau bersekolah tidak dapat saya tandingi. Beliau seorang legenda dahulu, dan masih diingati oleh junior2 beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan