Sebuah lagu berbentuk nasyid nyanyian kumpulan Rabbani. Semasa saya mengisi blog saya dgn tulisan ini, saya sedang mendengar lagu ini berulang2 kali. Kalau lagu lama yg hampir sama adalah "Selimut Putih".
Semasa saya kecil, seorang saudara yg tua, bercerita dan berpesan tentang kematian, alam kubur dan alam akhirat. Dan adakala bila memikirkannya, airmata akan mengalir. Setiap kali saya akan bertanya, 'sudahkah saya bersedia untuk meninggalkan dunia, alam yg sementara ini?', dan jawapan adalah sentiasa'BELUM'.Minggu lepas, seorang saudara tua saya, datuk sepupu (sepupu kpd arwah datuk saya) telah kembali kepadaNya. Beliau berusia 92tahun. Banyak yang dapat saya kongsi ilmunya. Banyak juga pesanan beliau kpd saya. Kebanyakannya berkaitan ilmu dan agama. Berkaitan sejarah dan masa depan. Beliau saya panggil 'Tok Wa Janggut'. Serbannya dipakai berbeza dgn serban dipakai kebanyakan org lain. Mampukah saya menjadi sepertinya? Mampukah saya menjalankan amanahnya? Allah jua Yang Maha Mengetahui.
Seorang demi seorang, saudara dan sahabat kembali kpdNya. Sudah ramai mereka yg membesarkan saya, berkongsi ilmu dgn saya yg telah kembali kpdNya. Ianya adalah peringatan kpd saya. Walau pun saya berdoa agar saya kembali kpdNya semasa saya berada hampir dgn kekasihNya, di Madinah, ajal seperti jodoh dan rezeki hanya Allah sahaja yg mengetahui. Pesan saya kpd saya dan keluarga dan kawan, lakukanlah persediaan sebelum kita dipanggil pergi tak kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan