Setiap kita adalah seorang anak. Maka kita ada seorang ibu, seorang ayah. Mungkin ada di antara kita tiada lagi seorang daripadanya atau mungkin kedua2nya kerana ibu atau ayah atau kedua2nya telah dipanggil kembali kpd Allah.
Maka kebiasaannya, kita tidak memahami peraturan, larangan, dsbnya yg dikenakan kpd kita sehingga kita selalu berasa bahawa hidup kita sangat2 dikongkong oleh ibu bapa kita. Dan kita akan cuba untuk melepaskan diri daripada kongkongan yang kita sangkakan hanya menjerut dan melemaskan kita. Maka, apabila kita ada peluang atau diberi peluang oleh pihak lain, untuk kononnya hidup bebas daripada ibubapa kita, kita akan mengambil peluang tersebut dgn gembiranya. Tetapi ramai menyedari di hari kemudian bhw peluang untuk bebas daripada kongkongan ibubapa kita adalah merugikan kita. Dan kita akan menyesal dgn keputusan berdasarkan pilihan yg salah. Ada diantara kita akan berasa malu jika perbuatan kita memalukan dan menyusahkan mereka berdua. Dan ada diantara kita akan putus asa dan terus membuat kesilapan kerana telah menyerah kalah kepada kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan.
Tetapi ingatlah, bahawa perkara yg telah berlaku tidak akan dapat kita ubah, Jadi janganlah kita putus asa. Sebaliknya berusahalah untuk persediaan di hari kemudian. Kembalilah menghampiri dan mengingati Allah. Kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan