Semalam saya hadir ke kenduri kahwin seorang drpd pakcik saya yang sangat2 ramai. Ianya majlis akad nikah beliau.
Memang meriah. Keluarga saya mewakili pihak perempuan kerana makcik baru saya seorang mualaf. Tahniah kpd pakcik saya kerana berjaya membuka hati seorang insan memasuki Islam. Keluarga pihak perempuan hadir dgn ramainya. Ianya menunjukkan bhw mereka menerima keputusan anak kesayangan mereka untuk hidup bersama dgn seorang insan yg sangat dikasihinya. Ramai juga tetamu drpd luar negara. Ada yg baru sampai daripada luarnegara beberapa jam sebelum majlis. Bapa kpd pakcik saya berasal dari Sumatera. Insyaallah, bapa kpd pakcik saya akan mendapat gelaran datuk tahun depan, itu ucapan saya kpdnya. Walau pun dia sepatutnya mendapat anugerah pingat seperti itu dah lama kerana khidmatnya.
Semoga perkongsian hidup pakcik saya dirahmati, dirahmani dan dirahimi Allah Yang Maha Berkuasa. Saya akan bertugas di hotel Istana utk jamuan seterusnya. Antara vvip adalah sahabat dan kenalan lama datuk saudara saya, tun abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan