Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 04, 2009

Kenduri Kahwin dan Kosnya


Pada jumaat dan ahad lepas saya hadir ke kenduri kahwin pakcik saya. Memang majlis amat meriah.

Sebagimana kata datuk saudara saya,'majlis macam ni dah lama tak buat, panggil makan2 saudara mara'. Saya setuju dengannya. Pada kenduri sebegini, sanak saudara akan berkumpul. maka dapatlah berjumpa dgn mereka yang selalunya akan dpt berjumpa pada aidil fitri atau aidil adha sahaja. kalau boleh, semua saudara mara nak dijemput. Itu kata ibu saya. Dan juga kawan2nya. Tetapi, bagaimana dgn kos RMnya. Pada pandangan saya, majlis kenduri kahwin seeloknya kos maksima RM adalah sebulan pendapatan pengantin. Macam untuk pakcik saya, kosnya pada hari ahad adalah sebulan pendapatan bapanya, atau tak sampai pun sebulan pendapatan bapanya. Seorang pakcik saya dahulu kos kahwinnya adalah hampir sebulan pendapatannya.

Saya pun bajet sebulan pendapatan saya cukuplah. saya taknak, seperti kata seorang makcik saya,'kos kenduri kahwin tak habis bayar, pasangan dah pun bercerai'. Saya doakan ianya tidak akan berlaku kepada saya, keluarga dan sahabat2 saya.

Tiada ulasan: