Semoga catitan di blog ini dapat memberi perubahan positif kepada saya dan pengunjung blog ini.
Mengenai Saya
- cebad
- focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management
Isnin, Ogos 31, 2009
Kereta Baru
Lihatlah gambar saya di atas. Saya bergaya dlm kereta baru. Tetapi bukan milik saya. Ianya milik pakcik saya. Saya tumpang menikmati kejayaan halal pakcik saya. Sesiapa yg berminat, ada sebuah BMW untuk dijual. Hanya perlu dibayar RM3,600 sebulan selama 5 tahun. Sanggup tak, sebab jumlah untuk memiliki BMW ini hanyalah RM216,000.
Harga kereta dimana saya bergaya ini bersamaan 5 tahun gaji saya. Jadi ianya di luar kemampuan saya. Saya mempunyai teori bhw kita mampu beli kereta yg berharga maksima 10bulan gaji kita. Ataupun bayaran bulanan untuk pinjaman setelah ditolak 10% pendahuluan adalah sebanyak 15% drpd gaji bulanan kita, untuk pinjaman selama 5 tahun ataupun 60bulan. Jika ianya melebihi daripada formula saya di atas, maka bagi saya, kita tidak mampu memiliki kereta tersebut. Sebabnya, selain drpd bayaran bulanan untuk hutang kereta, kita juga perlu membayar minyak kereta (kiraan kasar = RM10 sehari), tol, bayaran letak kereta, maintenance, dll.
Tetapi ramai yg lupa kos2 utama memiliki sebuah kereta selain bayaran hutang bulanan. Maka ada yg beli kereta untuk bergaya. Biar papa asal bergayalah kononnya. Kesannya, apabila pendapatan halal tidak cukup untuk menanggung kos kehidupan tambahan (yg dapat dielakkan), maka akan dilakukan pelbagai usaha untuk pendapatan haram.
Ada yg mengatakan kereta melambangkan status kita. Dan saya pernah nyatakan bagaimana saya dikutuk kerana memandu 'porsche' kuning saya ke uitm. Saya tidak pedulikan komen2 sedemikian. Sebab, bukannya mereka yg pandai komen tu akan menanggung beban hutang dan kos bulanan saya. Buatlah bajet sebelum berbelanja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan