Pagi tadi saya adakan kuliah gantian untuk pelajar SPS233 saya. Kuliah gantian kerana saya terpaksa tangguh kuliah yg sepatutnya kerana menghadiri mesyuarat pd 14julai 2009.
Apa yg ketara semasa saya memasuki bilik kuliah pagi tadi adalah pakaian pelajar saya. Jika pada hari2 lain, mereka berpakaian sukan kerana kuliah sebelum atau selepasnya mereka akan bersukan. Tetapi pada hari isnin, mereka berpakaian kemas. Nampak ke'profesionalisma' mereka. dan cara penyampaian dan tindakbalas saya pun berbeza. Lebih bercirikan diantara seorang dewasa dgn dewasa yg lain. Mungkinkah pakaian boleh menunjukkan kematangan kita?
Saya lebih suka jika pelajar2 saya sentiasa kemas dan berketrampialn spt pada hari isnin. Respons mereka dalam dan semasa kuliah nampak spt seorang pelajar ipt. Jika kita tidak biasakan berketrampilan positif pada masa skrg, kemungkinan kita akan berasa janggal semasa menghadiri temuduga dan bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan