Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 28, 2009

7 Ramadan

Sekejap benar masa berlalu. Hari ini adalah hari ke 7 Ramadan. Dan Hari ini adalah hari Jumaat. Hanya tinggal 23 hari sahaja lagi kita berada di bulan yg mulia ini. Lepas tu, jika panjang umur, kita sambut 1 Syawal.

Hari ini juga adalah hari lahir seorang sahabat saya, Encik Hisyam Che Mat. Usianya di mukabumi ini dah pun 35 tahun. Semoga beliau sentiasa diberkati Allah. Encik Hisyam adalah 'sikong' ataupun grandmaster recreation di FSR. Ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman beliau dlm rekreasi. Saya bersyukur kpd Allah kerana berpeluang menambah ilmu rekreasi dgn bertemu dgn Encik Hisyam di UiTM. Banyak suka duka yg beliau alami semasa di uitm. Biasalah, apabila kita kelihatan cemerlang dan rajin maka akan ada pihak2 yg dengki dan irihati terhadap kita. Mereka ini adalah yg memiliki 'phd' yg tidak diperlukan di dunia akademik.

Insyaallah, petang ini akan diadakan majlis berbuka puasa oleh Encik Hisyam. Ianya adalah hadiah drpd beliau kpd mereka yg sentiasa membantunya dlm menjalankan amanah di uitm. Seseorang yg amanah dan berilmu akan dihargai oleh pihak lain. Tambah2 lagi jika seseorang itu adalah seorang guru. Begitu juga sebaliknya, seseorang yg tidak beramanah dan tidak berilmu dlm bidang tertentu, lambat laun akan terbuka hijab rahsianya, dan akan menyebabkan orang tersebut tidak dihormati dan malah akan dicemuh.

Kita mempunyai pilihan. Bagaimanakah kita ingin dikenali dan diingati? Bagi saya, tidak perlu pangkat yg tinggi untuk dihormati. Keikhlasan, kejujuran adalah antara ciri2 dan sifat yg diperlukan sebagai seorang pensyarah.

Tiada ulasan: