Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 25, 2009

Makin Hari Makin Terserlah

Maaf, memang tidak sesuai bercerita tentang keburukan orang pada bulan yg mulia ini. Tapi bagaimana jika kita ingin jadikan sebagai pengajaran. Untuk dijadikan sempadan kpd org ramai supaya tidak ditimpa kesusahan yg sama.

Terkejut juga saya apabila dimaklumkan bgmana seorg bergaji tinggi berhutang dgn mereka yg bergaji lebih sedikit drpdnya dan tidak pula membayar balik pinjaman tersebut. Memanglah kita biasa dengar perkara spt ini. Bos mengambil peluang ke atas pekerja bawahan, dan walau pun tiada paksaan, pada pandangan dan perasaan pekerja bawahan, jika pinjaman tidak diberi, maka pekerja tersebut akan mendapat denda atau hukuman drpd bosnya. maka saya andaikan begitulah tekanan kpd yg memberitahu kisahnya. Dan lebih teruk pula, walaupun telah bertahun2 hutang tersebut, masih tidak dibayar walau pun diminta. Dan mungkinkah pemberi hutang didenda atau dihukum kerana meminta balik duitnya oleh sipenerima hutang? Allah jua Maha Mengetahui.

Maka sedikit demi sedikit kekurangan seseorang ini terserlah. Tetapi seperti tanya kawan2,'sampai bilakah mereka seperti ini terus mendapat kesenangan dengan melalui kesusahan orang lain?'. Allah Jua Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.

2 ulasan:

Che Mat [bukan nama sendiri] berkata...

Alahai Bad,
Sekarang aku pula dituduh brsekongkol dengan 'sopembuat angkara'. Hai la nasib badan.

cebad berkata...

Saya sudah komen dlm blog tuan