Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 28, 2009

Kereta dan Raya


Antara seronok beraya di kampung (sori, masih lagi 24 hari), adalah apabila kaum keluarga berkumpul. Selain drpd isu penempatan dlm rumah, adalah isu penempatan kenderaan di luar rumah.

Saya secara sukarela menawarkan diri sebagai jockey utk menguruskan penempatan kenderaan di kawasan rumah semasa raya. Inilah peluang untuk saya merasa memandu (walaupun hanya dlm jarak yg dekat) kenderaan yg saya tidak mampu miliki. Tambah2 lagi semasa saya masih lagi sebagai pelajar di ITM, saya antara mereka yg muda, yg mempunyai lesen memandu. Dan memang selalunya, pakcik2 saya akan meminta saya menyusun kenderaan mereka untuk memastikan pergerakan kenderaan lain tidak terganggu. Dan antara isu juga adalah, kereta manakah yg boleh diletakkan di bawah porch rumah. Selalunya adalah kereta yg terbaru dan termahal.

Insyaallah, pada raya ini, kereta yg tergambar di atas berkemungkinan besar mendapat lesen untuk diletakkan di bawah porch di rumah nenek saya. Setakat ini, kereta milik saya belum pernah mendapat lesen untuk diletakkan di bawah porch pd waktu malam, kecuali, secara kebetulan porch masih lagi belum berpenghuni.

Tiada ulasan: