Semalam ada majlis buka puasa di rumah saya. Tak ramai tetamu. Hampir 30 orang termasuk tuan rumah dan budak2. Tak boleh jemput ramai2, nanti tak muat rumah yang cukuplah untuk bilangan yg tinggal di rumah ini.
Kami mula berbuka dgn buah kurma, buah2an, kuih dan minuman. Setelah bersolat maghrib berjemaah, barulah kami menikmati nasi dan lauk-pauk. Best sebab ada gulai kawah dan keli percik. Alhamdulillah, tiada pembaziran, sebab yg lebih dibungkuskan untuk dibawa balik oleh pakcik2 dan makcik2 saya. Dan seperti biasa, walau pun baru 1 ramadan, perbualan ada berkisar tentang balik raya di kampung. Anggaran seramai lebih 60orang akan berada di rumah nenek nanti pada hari raya puasa ni. Masalahnya, bilik air hanya ada 3 sahaja. Maka tuan rumah perlu memikirkan penyelesaian mengenai perkara berat yg akan timbul jika berebut nak gunakan bilik air, terutama di pagi raya. Kami kemudiannya bersolat isyak, terawih dan witir berjemaah di rumah sahaja. Risau juga nak ke surau, sebab selalunya ramai yg akan batuk2.
Memang diantara nikmat pada bulan ramadan adalah dapat berbuka puasa ramai2 dgn ahli keluarga yg selalunya jarang dpt kami jumpa kerana kesibukan perkara dunia. Walau pun juadah adalah yg ringkas (ada ayam, daging, udang, ikan, dll) yg membuatkan makanan dinikmati adalah penuh nikmat adalah kehadiran mereka yg kita sayangi. Jadi tidak perlulah kita pergi berbuka puasa di tempat2 yg bayaran berpuluh2 ringgit untuk menikmati keindahan dan keseronokan berbuka puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan