Setelah lama saya tidak melepaskan tenaga yang ada pada setiap malam rabu, maka tadi saya lepaskan tenaga yang telah tersimpan lama. Tenaga ini dilepaskan di gelanggang futsal.
Memang seronok apabila berada di kalangan mereka yang kita percayai. Dan masa ini digunakan oleh saya untuk berseronok. Tambah2 lagi apabila dapat menjaringkan beberapa biji gol, dan juga menyelamatkan beberapa gol daripada pihak lawan. Futsal adalah untuk bergembira disamping mereka yang telah saya kenali hampir 30tahun. Futsal bukan sahaja untuk fizikal tetapi juga emosi.
Insyaallah, minggu hadapan kami akan bermain futsal dgn mereka yg 8tahun lagi muda drpd kami. Pasukan paling muda pernah kami bermain adalah mereka yg berusia 18tahun lebih muda drpd kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan