Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 02, 2009

Masa dan Waktu

Adakah ianya sesuatu yg sama. Tetapi yg pasti, masa setiap kita di dunia ini semakin hampir ke penamat. Hidup kita yg sementara di dunia semakin hari semakin sedikit bakinya.

Manusia sentiasa dlm kerugian. Kecuali diberi peringatan. Itulah antara intipati surah al-Asr. Saya setuju. Jika dilihat dan disemak semula, cara saya menggunakan masa saya, maka boleh dikatakan tahap produktiviti saya adalah rendah. Sepatutnya produktiviti saya lebih tinggi. Itu pandangan saya. Persediaan untuk hari kemudian, di mana kita akan hidup kekal sepatutnya lebih diambil berat. Antaranya mengerjakan solat pada awal waktu. Kurangkan melakukan perkara2 yg merugikan masa saya.

Masa yg telah lepas tidak dapat diganti. Apa yg telah berlaku pada masa dahulu tak dapat diganti. Kita cuma berdoa bhw masa yg kita ada dapat digunakan untuk menampung kekurangan yg kita lakukan di masa lampau dan dapat memberi lebih kebaikan untuk persediaan di hari kemudian.

Tiada ulasan: