Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 16, 2009

Tahniah Pasukan Bola Baling L & W FSR

Pagi tadi (dah hampir tengahari) saya ke pusat sukan uitm. Untuk melihat perlawanan bola baling SAF 2009. Saya ditugaskan fakulti sbg pensyarah penyelia untuk pasukan bola baling L & W FSR pada tahun ini.

Ini kali pertama saya menyelia pasukan bola baling. Sebelum ini, saya menyelia pasukan badminton FSR. Pada awal2 saya bertugas di FSR, saya menyelia pasukan skuash dan kemudiannya pasukan badminton. Memang stres juga menjadi penyelia pasukan SAF FSR. Maklumlah, jangkaan adalah tersangat tinggi terhadap pencapaian pasukan. Maka saya pun bagitau kpd pemain2 bola baling FSR SAF 2009, jangan risau sangat. Saya tak nak anda tertekan, setakat dapat jadi juara bg saya pun dah ok. Alhamdulillah, kedua2 pasukan menjadi juara petang tadi. Tetapi saya tidak menyaksikan perlawanan akhir kedua2nya kerana saya berjumpa dgn pelajar yg bakal saya seliakan penyelidikannya untuk semester hadapan.

Tahniah saya ucapkan kpd pemain2 kedua2 pasukan L & W bola baling FSR SAF 2009 kerana berjaya menjadi juara. Terima kasih kpd Wani dan lain2 yg menjadi pengurus pasukan dan pembantu kpd kelicinan pergerakan pasukan. Agak2 apalah hadiah drpd FSR?

1 ulasan:

olie_8 berkata...

terima kasih chebad!!!