Saya tidak pasti saya berada dlm keadaan sihat sekarang. Tetapi saya tidak berasa kurang sihat. Ibu saya sedang mengidap selsema. Saya harapkan dan doakan hanyalah selsema biasa sahaja.
Kesihatan kita adalah tanggung jawab kita. Kata orang, 'jaga pemakanan dan lakukan senaman'. Ianya dapat membantu menjaga kesihatan kita. Ianya ada kaitan dgn pengawalan berat badan. Alhamdulillah, walau pun berat saya semasa saya timbang pada 14ogos yg lepas adalah hampir 76kg (paling berat bg saya), tetapi saya berasa seolah2 berat saya hanya sekitar 70kg sahaja. Mungkin kesan daripada senaman yg saya lakukan, kerana saya terasa ukur lilit pinggang saya berkurang sedikit. Mungkin berat bertambah atau pada tahap sebelumnya kerana kesan senaman menukarkan lemak menjadi otot2 yg padat. Harap2 begitulah.
Fokus saya sekarang untuk mengurangkan 'airbag' saya. Alhamdulillah, saya nampak ada kempis sedikit. Tetapi masih banyak perlu saya lakukan untuk kurangkan kandungan lemak dalam badan saya. Kerana lemak yg tinggi adalah memudaratkan kpd kesihatan kita. Bg lelaki, lemak terkumpul pada bahagian pinggang dan organ2 dalaman berbanding perempuan dimana lemak terkumpul pada punggung dan peha. Maka pengumpulan lemak pd lelaki lebih berbahaya berbanding pd perempuan. Sama2lah kita jaga kesihatan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan