Saya ingin berpesan kpd seorang kawan. Kesedihan dan kegembiraan adalah sebahagian drpd perjalanan hidup. Kita inginkan kegembiraan di dunia. Tetapi kita lebih inginkan kegembiraan di akhirat.
Dengan rahmanNya, kita gembira di dunia. Tetapi lebih bermakna, dgn rahimNya, kita gembira di akhirat. Kesedihan di dunia memanglah tidak menyenangkan kita. Ianya mungkin kesan kesilapan kita, kesalahan kita, kekurangan kebijaksanaan kita di masa tersebut. Tetapi, seperti berkali2 saya nyatakan, janganlah peristiwa lampau membuatkan kita terlupa bahawa kita mampu mengubah masa hadapan kita. Janganlah kita terus menerima bahawa memang kita sepatutnya dan layak menderita dan bersedih dgn keadaan kita sekarang kerana kesilapan dan kesalahan kita di masa lampau. Kerap berlaku, kita sanggup lakukan apa sahaja kerana cinta. Dan kita kerap diambil kesempatan oleh mereka yg kononnya mencintai kita.
Bercintalah kerana Allah. Solat dan berdoalah kpdNya untuk menghilangkan kesedihan dan kedukaan kita. Mohonlah keampunanNya jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan kpdNya. Janganlah kita terus menjauhkan diri kita drpdNya kerana kesalahan dan kesilapan kita. Ini adalah melakukan kesilapan dan kesalahan yg berterusan kpdNya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Pengasihani kpd mahklukNya.
Berlakunya sesuatu dgn izinNya. Kita tidak berupaya melakukan sesuatu kecuali dgn izinNya. Kita adalah makhlukNya yg lemah. Berdoalah kpdNya untuk perlindungan dan pertolongan drpdNya untuk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan