Syukur kpd Allah, Tuhan Sekalian Alam, saya dipanjangkan usia untuk menikmati Ramadan sekali lagi. Dan kita akan bertanya, adakah ramadan ini ramadan terakhir kita di dunia ini? Saya doakan agar saya masih diberi peluang untuk menikmati ramadan lain di tahun2 mendatang.
Sebelum puasa, saya telah mainkan lagu raya di pejabat saya. Saya dapat drpd pelajar saya pd tahun lepas. Sekarang saya sedang mendengar lagu raya Rahimah Rahim, melalui youtube. Puasa baru sehari dah dengar lagu raya, kenapa ya? Adakah salah mendengar lagu raya walau pun puasa baru mula?
Insyaallah, hari ini akan diadakan majlis berbuka puasa dgn ahli keluarga terdekat di rumah saya. Yg tak dijemput, saya wakil keluarga saya minta banyak2 maaf. Rumah kecik, jadi tak boleh jemput ramai2. Insyaallah, dilain hari ya akan dijemput. Dan saya selalunya berbuka puasa dgn para pelajar saya selepas kuliah diadakan. Meraikan mereka yg jauh drpd keluarga. Untuk tahun ini masih belum ditentukan tarikhnya. Bagi para pelajar saya yg nak join sama, dijemput tetapi kenalah sama2 hulurkan sumbangan ya. Tak perlu makan besar2 dan banyak2.
Kepada kaum keluarga, kawan dan kenalan saya, saya ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan ramadan yg mulia. Bersamalah kita jadikan ramadan ini lebih baik daripada ramadan sebelumnya. Bersamalah kita berusaha mendapat seberapa nikmat dan pahala untuk persediaan kita ke akhirat. Doakanlah untuk kebaikan bersama di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan