Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 01, 2009

Jualan Buku

Hari ini ada dua tempat sedang mengadakan jualan buku. Dan ada satu tempat mengadakan jualan barang2 IT.

Jadi, yg mana saya nak pergi. Sebelum tu, saya kena but bajet dulu. Kot terlebih jadi defisit, susah saya. Setiap kali saya beli buku, kosnya secara kasar adalah sekitar RM100-RM200. Memang tahun ni dah lebih drpd RM1000 saya berbelanja utk beli buku. Saya rasa mungkin dah RM2000 atau lebih. Saya perlu pertolongan untuk senaraikan buku yg saya miliki. Secara purata, saya cuba habis baca sebuah buku dlm seminggu. Kadang2 dapat baca 2buah buku. Saya selalunya baca beberapa buah buku serentak. Saya bukan ulat buku dah, lebih kepada ular sawa buku, sebab berlingkar dgn buku.

Ah, saya dapat satu terma baru. Ular sawa buku bg mereka yg menghabiskan masa dgn buku. Kena cari gambar ular sawa untuk saya paparkan di luar bilik saya semasa saya membaca buku.

Tiada ulasan: