Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 19, 2009

Kemalangan

Dalam perjalanan balik kampung pad hari khamis lepas, perjalanan terganggu. Selepas bukit bunga, jeli, ada kemalangan maut. Tetapi yg hidup tak beringat juga lepas tu. Masih lagi memandu kenderaan macam bapk dia punya jalan.

Tadi, seorang pakcik saya kemalangan. Selepas menyeberangi jambatan Sg.Besut. Beliau terlanggar kereta di hadapannya. Alhamdulillah, tiada kecederaan. Hanya kerosakan ringan kpd kereta di hadapannya. Keretanya, tiada kesan apa2. Tetapi mungkin ada sedikit trauma kpd beliau dan penumpang yg termasuk tiga sepupu saya. Dengan bilangan kenderaan yg luarbiasa sempena cuti raya ni, memang akan berlaku kemalangan. Ada pemandu baru, ada kereta baru, kereta baru dipinjam dsbnya. Maka kita mestilah sentiasa berhati2 dan lebih lagi pada masa2 ini.

Cara saya memandu menjadi jenaka kpd seorang kawan. Beliau akan mengingatkan saya bhw cara saya memandu adalah cara orang tua. Saya terima kenyataan dan hakikat yg saya ini tua. Mungkin cara memandu saya membolehkan saya mencapai usia sekarang.

Tiada ulasan: