Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 14, 2009

Buka Puasa Di Intekma Resort (Lagi)

Hari ini insyaallah, kali ke3 saya berbuka puasa di intekma resort. Bukannya sebab saya ada 'share' dlm intekma, tetapi kerana memudahkan saya.

Kali ini tetamu saya adalah dari UiTM Dungun. Seorang drpd timbalan pengarahnya. Selalunya saya jarang dapat melayan tetamu dr kampus cawangan. Alasan utama adalah sebab tugas dan kesesuaian masa. Dan mungkin rezeki tetamu saya dr Dungun berbuka dgn saya hari ini kerana pada asalnya saya merancang berbuka dgn kawan2 lain. Jadi, ada hikmah disebalik perancangan asal yg tidak dapat dilaksanakan. Maka, insyaallah, menu utama saya hari ini adalah kambing lagi. Agak2 bagaimanalah tahap kolesterol saya pd bulan ramadan ni. Hampir tiap2 minggu saya berbuka sekurang2nya sekali dgn lauk kambing.

Setiap persahabatan perlu dihargai. Ada kawan berkata bahawa jika sangat perihatin kpd seseorang lain, kita sanggup lakukan apa sahaja asalkan kawan kita dlm keadaan baik. Saya bgtau, saya tidak setuju sepenuhnya. Perlulah kita pastikan bhw pengorbanan kita jangan sampai menyusahkan kita dan tidak dihargai kawan kita.

Tiada ulasan: