Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 28, 2009

Pemeriksaan Kesihatan



Tadi, sementa dgn berada hampir dgn pusat kesihatan uitm, saya buat pemeriksaan kesihatan. Itupun sebab ada seorang kawan yg asyik mengingatkan saya untuk pergi buat pemeriksaan kesihatan.

Berdebar2 jugak semasa buat pemeriksaan. Sebab antara tujuan utama untuk memastikan apakah punca saya sakit dada sebelum dan selepas raya. Adakah saya dah kena 'heart attack'? Dan seorang kawan juga mengingatkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan kerana usia dah melebihi 40tahun.

Setelah menunggu hampir 10minit, saya dapat berjumpa doktor. Saya maklumkan tujuan saya berjumpa beliau. Dan saya pun diminta melakukan pemeriksaan ECG. Alhamdulillah, hasil pemeriksaan adalah baik untuk saya. Tiada tanda2 mendapat serangan jantung. Tapi saya dinasihatkan untuk kerap melakukan pemeriksaan kesihatan.

Mungkinkan sakit saya kerana melakukan latihan yang tidak betul? Gambar saya menunjukkan seorang yg sihat atau sebaliknya?

Tiada ulasan: