Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 07, 2009

Saling Membantu

Antara sifat kekeluargaan dan persahabatan adalah sedia membantu. Tapi pastikan bantuan adalah untuk kebaikan individu dan masyarakat. Jika baik untuk individu tetapi tidak baik untuk masyarakat, lebih baik jangan membantu.

Saya pernah membuat temujanji dgn seorang pakcik saya. Banyak saya telah dan sedang pelajari darinya. Saya berjumpanya pada kali itu kerana hendakkan sedikit bantuannya. Saya dimaklumkan bahawa dia boleh membantu saya untuk mendapatkan apa yg saya hajati. Jadi, saya pun menelefonnya dan berjaya mendapat slot untuk bertemu dgnnya di pejabatnya. Peringatan, walau pun saudara kita, kita perlu telefon dahulu. Untuk memudahkan urusan berjumpa dgnnya. Dan sebelum waktu dijanjikan, saya telah bersedia menunggu di ruang tetamu pejabatnya.

Maka pakcik saya pun tanya kpd saya, 'What do you want?'. Rasa ssegan pada mulanya nak jawab. Maklumlah, jumpa bos besar sebuah organisasi, dan berbaloikah masanya diperuntukkan untuk berjumpa dgn saya. Saya pun jawab,'..kalau boleh, saya nak minta no telefon xxx-xxxx-999.' Tanya pakcik saya lagi,'itu aje. OK.' dan dia terus memanggil pegawai yg bertanggungjawab dan arahannya, 'Give my nephew whatever he wants.' Dan saya hanya mampu ucapkan terima kasih sahaja. Berpeluh juga takut2 kena marah kerana permintaan yg tak seberapa darinya.

Tiada ulasan: