Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 09, 2009

09.09.09

Satu siri nombor yg menarik. Dan tarikh hari ini adalah tarikh menyambut kelahiran ayah saya yg ke 71. Syukur kpd Yang Maha Esa kerana memberi nikmat kepada ayah saya dapat menikmati kehidupan di dunia selama 71 tahun. Dan saya bersyukur dpt menikmati kehidupan di dunia bersama ayah saya sudah hampir 43 tahun.

Hari ini juga bermakna kita berada di hari ke 19 Ramadan untuk tahun ini. Ada 11 hari sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Seperti dalam tulisan terdahulu, ding dong ding dong, masa berlalu dgn begitu cepat sekali. Ada ahli baru dlm keluarga pada raya tahun ini. Ada ahli keluarga yg telah pulang menghadap Yang Maha Esa sebelum raya tahun ini. Alfatihah kpd arwah Tan Sri Muhammad Yaacob, sahabat kpd ayah yg telah pulang menyahut panggilan Illahi pada pagi semalam.

Masa sentiasa berlalu tanpa menunggu kita. Gunakanlah masa yg ada untuk persiapan di hari kemudian. Pangkat, harta dan anak2 tidak menjamin kebaikan di dunia dan di akhirat. Banyakkanlah melakukan kebajikan di bulan yang mulia ini.

Tiada ulasan: