Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 03, 2009

Burn Out dan Staf Akademik 01

Topik burnout sangat saya minati. Mungkin sebab kadang2 saya terasa burnout? Saya kaitkan burnout dgn produktiviti. Seorang staf yg tak produktif adalah satu sumber yg tak digunakan ditahap optima. Ini merugikan organisasi.

Pada pandangan saya, apabila staf akademik lebih banyak melakukan tugas2 pentadbiran, maka kita tidak menggunakan kepakaran staf akademik itu di tahap optima ataupun maksima. Staf akademik dilantik untuk 3perkara, mengajar, menyelidik dan khidmat masyarakat. Pemberat utama adalah di perkara mengajar, kedua di penyelidikan dan terakhir di khidmat masyarakat. Tapi saya lihat ianya adalah sebaliknya. Ramai staf akademik yg punyai potensi cemerlang dlm mengajar dan menyelidik ditugaskan melakukan khidmat masyarakat. Kadang2 tugas khidmat masyarakat (pentadbiran) adalah 50-75% drpd tugas staf akademik yg cemerlang. Kesannya kpd staf akademik adalah kerugian dlm penilaian tahunannya untuk kenaikan pangkat dan kenaikan lain2.

Apa pandangan anda?

Tiada ulasan: