Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 18, 2009

Sahur di Kampung

Baru lepas sahur di kampung. Seronok bersahur di kampung. Bersahur ramai2 dgn mereka yg kita hanya dapat bersama ramai selalunya setahun sekali.

Lauk sahur selalunya lauk berbuka. Kerana bersahur ramai2, ada yg tambah nasi. Memanglah, bukan sahaja lauk yg menambah selera makan, tetapi juga 'company' yg makan bersama kita. Yg bersahur hanya 9 orang sahaja. Sebab biasalah, bukan semua yg nak bangun sahur. Ada yg sahur awal2 supaya tak kacau tidur.

Dan lepas sahur, baiklah terus solat subuh. Kalau tak nanti, kemungkinan terbabas dan terpaksa qadha subuh. Ingat, jangan puasa aje, solat pun mesti. Pastikan solat kita cukup, 5 kali fardhu. Kerana jika solat fardhu tak buat, sia2 aje berpuasa dan berzakat.

2 ulasan:

aimanarif berkata...

salam cik Bad... saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf dipinta diatas segala kesalahan saya selama ini.. salam hari raya buat cik Bad dan Keluarga..

cebad berkata...

Terima kasih.Sama2. Semoga selamat bersyawal dgn mereka yg tersayang.