Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 04, 2009

Saf

Ini berkaitan saf dalam solat berjemaah. Ini bukannya SAF - Sukan antara fakulti UiTM. Ianya berkaitan barisan makmum di belakang imam.

Semasa di tingkatan satu di abad yg lalu, saya teringat bagaimana saya dan kawan2 berebut nak berada dan bersolat di saf yg pertama, iaitu saf yg di belakang imam. kami sanggup berlari dari kelas persediaan untuk 'booking' tempat solat. 'Booking' adalah melalui meletakkan songkok. Ada ketikanya, macam lumba lari 100m. Dan ada yg sanggup baling songkok dan mengharapkan songkok akan terhenti di kedudukan yg diingini untuk solat. Semuanya kerana ingin mendapatkan pahala solat berjemaah seberapa maksima yg boleh. Itu dulu, sekarang tiada lagi berebut2 utk berada di saf pertama. Kenapa? Adakah sebab terasa pahala dah cukup sebagai bekalan?

Pada satu ketika dahulu, saya solat berjemaah zohor di pusat Islam uitm. Ianya kerana ajakan prof.Kamil. Beliau akan cuba solat berjemaah pada setiap waktu. Dan pada ketika itu, sebelum zohor, saya ada perbincangan dgnnya. Dan apabila waktu zohor hampir, beliau mengajak saya solat berjemaah di PI. Dan di PI, beliau mengajak saya cepat2 mengisikan kedudukan paling hampir dgn imam, iaitu di belakang imam.

Pada setiap kali solat jumaat, saya cuba untuk berada di saf pertama. Walau pun saya sampai di masjid setelah azan. Memanglah, kurang manis bergerak2 ke hadapan untuk saf pertama. tambah2 lagi jika terpaksa melangkah2 makmum lain. maka pesan saya kepada saya, dan keluarga dan kawan,'rajin2lah solat berjemaah. ganjarannya adalah berganda2 berbanding solat sendirian. kalau yang dah berkeluarga, ajaklah keluarga bersama solat berjemaah.'

Tiada ulasan: