Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 11, 2009

Berbuka Puasa

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 21 Ramadan. Dah 21 hari kita puasa dan akan kali ke 21 kita buka puasa untuk Ramadan.

Saya akan berbuka puasa di luar rumah bermula 09.09.09 Rabu lepas hinggalah ke 13.09.09 Isnin depan. Bukan sebab saya ni glamor, tapi inilah peluang berjumpa dgn mereka yg selalunya saya jarang dpt berjumpa. Dan antara masa yg ada adalah semasa berbuka puasa. Cuma beratnya, kita bukannya berbuka secara percuma. Yg positifnya, kita sedekahkanlah bersama kos kita untuk menambahkan pahala di bulan yg mulia ini. Ikhlas dgn rezeki yg halal.

Selalunya, di bulan puasa dptlah kurang berat badan sehingga dpt pakai semula seluar saiz 32drpd saiz 33. Tapi kali ini hanya drpd 34 ke 33. Teringat masa dulu2 saiz 27aje. Berat pulak hanya kurang 1kg aje. Target dulu kurang sehingga 70kg. Mungkin ada maknanya yg perlu saya fahami.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe..... rezeki murah..