Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 16, 2009

Kad Hari Raya

Di tahun 1980an dan tahun 1970an, rumah saya banyak menerima kad ucapan hari raya. Masa tersebut, ayah saya bekerja dgn jabatan kerajaan. saya harapkan kad dikrim kerana ucapan ikhlas. Selain drpd itu, banyak juga dapat hamper. Saya pada masa tu tak faham kenapa ramai yg hantar hamper kpd ayah saya.

Sekarang, amat sedikit rumah saya terima kad ucapan hari raya. Mungkin sebab dah ramai kenalan ayah yg dah meninggal dunia. Mungkin sebab banyak ucapan diterima kami melalui sms. Dan sekarang juga ada internet, banyak ucapan diterima melalui emel.

Semasa kami menerima banyak kad raya, kami pun terpaksa hantar banyak kad raya sebagai balasan. Jadi, satu keluarga sibuk menampal setem, menulis nama dan alamat penerima, kemudiannya ke pejabat pos untuk mengirim kad2. Senarai perlu disediakan untuk mengelak tertinggal nama.

Saya ada juga menerima kad2 raya drpd kawan2 dan bos2. Terima kasih kpd pengirim. Saya bangga apabila membaca nama penghantar dan jawatan yg disandang sekarang. tahniah kpd yg berada di jawatan baru yg tinggi. Terima aksih kerana masih mengenali saya. Maaf, saya tidak dpt mengirim kad sebagai balasan.

Tiada ulasan: