Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 21, 2009

BBQ di Rumah Nenek

Seperti diwar2kan sebelum balik ke kampung, maka pada malam ini adalah jamuan BBQ. Cuma, saya terpaksa pilih diantara di rumah arwah moyang saya di Kg Raja, Besut atau di rumah nenek di Pasir Puteh.

Jadi, saya ke Kg Raja tengahari tadi. Dan malam ini BBQ di rumah nenek saya. Hampir kesemua ahli keluarga terlibat dlm proses penyediaan makanan. Pangkat ditolak ke tepi. Daripada datuk (asli dan bukan asli) kpd saya org biasa. Memang seronok sekali sekala kita sama2 melakukan kerja untuk kebaikan bersama. Makanan dah ada yg siap. Pelbagai makanan laut dan darat disediakan.

Dan kita akan bersama2 menjamu selera. Cuma terkilan, saya miss makan kambing panggang di Kg Raja. Mungkin saya dah puas semasa berbuka puasa dahulu dgn jamuan kambing panggang.

Tiada ulasan: