Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 13, 2009

Berbuka Dgn PEERS 13.09.09








Hari ini giliran saya berbuka dgn para pelajar Badan Peer Kaunselor (PEERS) UiTM dan mereka yg pernah menjadi ahli PEERS. Seramai 20 orang shj yg hadir ke majlis tadi.

Saya adalah seorang drpd beberapa orang penasihat peers. Saya dimaklumkan ahli peers sekarang hampir 700 orang. Tahniah kpd ajkt dan ahli2 peers. Saya menjadi ahli peers sejak 1987. Kemudiannya saya menjadi ajkt dan setrusnya sebagai presiden semasa belajar di peringkat diploma lanjutan atau sekarangnya adalah sarjana muda. Saya mula dilantik sebagai penasihat peers bermula 2003. Walau bagaimana pun, sejak 2 tahun kebelakangan, saya mohon maaf kpd ahli peers kerana tidak dpt turut serta dlm kebanyakan program peers. Bukan disengajakan tetapi setelah saya mula mengambil sarjana perakaunan, hujung minggu saya selalunya akan penuh dgn kuliah. Dan saya juga ada kalanya terpaksa menjalankan tugas selain sebagai pensyarah uitm pada hujung minggu.

Seronok mendengar dan berkongsi sedikit pengalaman dgn mereka yg hadir di majlis tadi. Saya cadangkan kpd peers untuk ke taman negara pada semester hadapan. Bagi pelajar uitm yg belum menjadi ahli peers, anda sangat2 dialukan untuk menjadi ahli keluarga peers.

Tiada ulasan: