Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 02, 2009

Balik Kampung

Maka terngiang2 lagu Balik Kampung dendangan arwah Sudirman. Pada asalnya, saya andaikan saya akan balik ke kampung utk beraya pada hari Sabtu 19Sep. Tetapi tadi, adik saya maklumkan beliau boleh balik awal, iaitu pada Khamis, 17 Sep. Alhamdulillah, beliau tiada sebarang tugas pembedahan pada Jumaat, 18 Sep.

Angan2 nak balik kampung naik kapal terbang. Kalau tak dapat, naik BMW, yg malasnya nak kena p Johor ambil kereta tu. Tak pelah, saya naik C130, turun di Gong Kedak. Kalau tak pun, bila C130 lalu atas rumah nenek saya, saya terjun dgn payung terjun macam seorang kawan saya buat satu ketika dahulu utk balik ke rumah neneknya. Memang, kita dilatih macam org gila kot. Tapi itu angan2 sahaja. Realitinya, pesawat tidak akan dapat memasukkan tayar ke dalam badan pesawat krn pengangkutan saya nanti kemungkinan adalah kereta adik saya.

Memang seronok balik kampung. Dan kiraannya, akan ada lebih 60orang di rumah nenek saya nanti. Tugas membakar satay telah diamanahkan kpd adik2 sepupu saya. Saya telah dinaikkan pangkat sebagai sikong pembakar satay (naikkan pangkat sendiri).

2 ulasan:

PPT berkata...

Selamat Hari Raya....
Susah susah masuk dalam kotak kurier pun takpa Che Bad....

cebad berkata...

Betul tu. Asalkan dapat sampai di kampung untuk beraya.