Pada sabtu lepas, 5sept, majlis berbuka di rumah saya menjemput kaum keluarga sebelah ayah saya. Tetamu termasuk juga keluarga sebelah ibu saya. Dan spt saya katakan dlm blog terdahulu, majlis berbuka membolehkan kita bertemu dan bersama ahli keluarga yg pada waktu lain payah kita nak jumpa.
Bilangan ahli majlis 30++ orang. Rumah kecil, maka kami bahagi2kan majlis berbuka dgn kerabat kpd hari2 berbeza, Lihatlah juadah (baki2 jika ada) dan suasana berbuka. Dan yg pentingnya, solat maghrib, isyak, terawih dan witir berjemaah. Ini mengingatkan kita bahawa setinggi mana pangkat kita di dunia, semasa mengadap kpd Yang Maha Berkuasa, kita semua adalah sama sahaja, kita bersolat pada aras yg sama.
Saya bercadang, jika saya miliki rumah sendiri, saya akan cuba pastikan banyak ruang untuk melakukan aktiviti keluarga bersama2. Maka saya harap tiadalah atau kuranglah perabut yg besar2 atau yg tak diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan