Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 03, 2009

Layakkah Jadi warga IPT

Papan kenyataan banyak dah dipasang. 'Kereta pelajar dilarang masuk'. Tetapi tiap2 hari saya lihat, kenyataan tak diendahkan langsung.

Tadi saya bertanya kepada 'pelajar' (tak pasti fakulti mana), 'pelajar ke? Jawabnya,'Ya encik'. Saya tanya lagi,'tak pandai baca ke, kereta pelajar tak boleh masuk'.. Angin dan marah saya. kalau dah tak tau baca, tak pandai baca, tak faham apa yg dibaca, macam mana boleh menjadi pelajar di IPT. Ini adalah satu contoh kegagalan dlm mendidik di IPT. Pelajar dah masuk IPT, tak pandai baca, tak faham apa yg dibaca. Macam mana nak kerja nanti. Dahlah tu, pakaian bukan mencerminkan sebagai pelajar berintelektual. Maaf, pakaian pekerja kontrak lagi berakhlak. Tuturkata dan tingkahlaku pekerja kontrak dari seberang lebih berakhlak dan berilmu.

Sama juga tadi. Di ruang berhampiran tangga, notis menyatakan, 'kenderaan staf sahaja..'. Tapi saya dapati terdapat motorsikal bukan kegunaan staf diletak tanpa menghiraukan kesenangan orang yang lalu lalang. Adakah kita gagal mendidik atau memberi ilmu atau berkongsi ilmu dgn pelajar supaya tahu cara menghormati orang lain, cara bertuturkata, cara berpakaian. Maaf, ada diantara pelajar saya sendiri saya dapati tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang pelajar IPT yg berilmu, berbudibahasa, tahu peraturan, dsbnya. Maka ini bermakna saya gagal menjalankan amanah saya. Dan ilmu yg sepatutnya mereka dapat di IPT untuk membolehkan mereka menjadi dewasa di alam pekerjaan adalah masih tidak cukup.

Saya akan dengan gembira memberi sokongan kpd pelajar atau graduan/bekas pelajar untuk mendapat kerja atau menyambung pengajian yg inginkan saya sebagai 'referee'. Dukacita, saya tidak akan menyokong mereka yg tidak layak jadi warga IPT (pada pandangan saya). Sebab mereka yg sedemikian akan memalukan saya nanti.

Tiada ulasan: