Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 31, 2011

Pemeriksaan Kesihatan

setelah tertangguh beberapa minggu, petang tadi saya ke pusat kesihatan uitm utk melakukan pemeriksaan kesihatan atau lebih suka disebut sebagai 'medical check up'. tujuan utama adalah utk mengisi borang pemeriksaan kesihatan utk pengajian phd saya.

saya sampai dipusat kesihatan uitm pada jam 3.45ptg. pada mulanya saya dimaklumkan bhw pemeriksaan saya kemungkinan tidak dapat diselesaikan pada hari ini. jadi saya mungkin perlu hadir di hari lain utk menyelesaikan pemeriksaan kesihatan saya. atau, saya boleh ke klinik swasta atau pusat kesihatan lain jika ingin selesai pada hari yg sama.

mungkin jika saya diiringi pengarah pusat kesihatan uitm, saya mungkin dilayan lebih baik kot (tanggapan saya). saya nyatakan kpd petugas di kaunter bhw saya sanggup datang di hari lain jika tidak selesai pada petang tadi. petugas kemudiannya menyatakan saya mungkin perlu hadir di hari lain utk pemeriksaan bersama doktor gigi dan doktor perubatan. dan saya nyatakan tak apa, saya sanggup lakukan.

setelah membayar 'fee' di pejabat pentadbiran, saya ke bilik utk pemeriksaan oleh jururawat. kemudian saya ke bilik xray. selesai di situ, saya ke makmal utk diuji air kencing. saya kemudiannya ke kaunter semula. petugas tadi tersenyum dan menyatakan jika tiada masalah, saya boleh berjumpa dgn doktor gigi. jam 4.23ptg. saya di bilik rawatan gigi hanya 1-2minit shj. kemudiannya saya ke bili rawatan utk diperiksa oleh doktor perubatan. alhamdulillah, 4.33ptg, saya menunggu utk ubat selsema. 4.45ptg, lebih kurang 1jam drpd saya mula berdiri di depan kaunter utama, pemeriksaan saya selesai.

terima kasih kpd kesemua mereka yg menjalankan tugas dgn cekap.

Tiada ulasan: