Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 31, 2011

Tahap Kesihatan Saya

alhamdulillah, keputusan pemeriksaan menunjukkan saya tiada masalah kesihatan utama. selain drpd selsema yg bermula pada hari sabtu lepas, saya macam biasa aje.

berat badan dah 76kg. ketinggian 17Xcm. bmi 26, terlebih berat sedikit drpd julat normal yg maksimanya 24.9. degupan jantung 89/minit. tekanan darah 129/90. tinggi mengikut komen jururawat dan doktor. saya maklumkan,'baru lepas dinilai skt oleh bos, dan baru lepas ditegur oleh staf saya. mujur saya tidak gunakan ego defense-mechanism saya kpd petugas di kaunter. alhamdulillah kerana berilmu utk tidak lakukan 'displacement'.

gigi - tiada komen oleh doktor gigi. saya yg bagitau, 'dua batang gigi geraham dicabut di itm pada tahun 90an dahulu'. doktor bertanya jika saya pernah melakukan pembedahan. jawab saya,'ada, buang glukoma(?)'. doktor bertanya bius secara 'local' atau 'general'. saya maklumkan bhw adik saya suruh saya dibiuskan secara 'general'. saya tak tahu kenapa.

saya dimaklumkan bhw saya mempunyai tahap kolesterol yg tinggi berdasarkan tanda pada mata saya. saya nyatakan bhw saya tidak mempunyai tekanan darah yg tinggi setelah ditanya doktor jika saya ada mengambil sebarang ubatan utk kolesterol atau darah tinggi. alhamdulillah, kesihatan saya masih ok.

tapi saya ada pilihan utk menentukan tahap kolesterol, gula dan tekanan darah berada ditahap yg sihat. dan saya tidak boleh salahkan orang lain jika saya tidak sihat, kecuali perokok kerana mereka berniat utk membunuh orang lain.

Tiada ulasan: