Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 20, 2011

Jawatan dan Amanah

jawatan adalah berkaitan dgn kepimpinan dlm organisasi. ianya boleh jadi organisasi formal dan tak formal. ianya boleh jadi dlm organisasi awam dan swasta. ianya boleh jadi dlm organisasi kerja dan sukan.

saya baru habis membaca sebuah buku hasil dua wartawan. ianya berkaitan pengurusan organisasi sukan. sukan bolasepak peringkat dunia. kandungan buku mendedahkan berlakunya salahguna kuasa dlm pentadbiran. pemimpin2 yg dilantik melakukan salahguna kuasa. matlamat adalah utk memenuhkan poket sendiri.

baru2 ini sebuah negara mencabar dan mencerca keputusan pemilihan negara sebagai tuan rumah utk tahun2 akan datang kerana negara tersebut kalah dlm usaha menjadi tuanrumah. sebenarnya negara tersebut juga berusaha utk menjadi tuanrumah pada 2006 tetapi kalah kpd jerman. negara tersebut dlm usaha menjadi tuanrumah pada 2006 telah tidak berpegang kpd janji bhw 2006 utk jerman dan tetapi bertanding juga utk jadi tuanrumah.

apabila kemewahan dunia menjadi matlamat dlm hidup, maka segala cara dikira sebagai boleh dan halal kpd pemimpin yg tak amanah. mereka lupa amanah kpd diri, masyarakat, organisasi, dan yang paling penting kpd Allah. manusia mudah lupa, sebagai peringatan, pensyarah dan pelajar adalah juga pemimpin yg perlu beramanah dlm hidup mereka.

Tiada ulasan: