Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 30, 2011

Hujan dan Keselamatan Lalulintas

hujan adalah rahmat daripada Allah. tapi bagi saya ramai yg salahguna rahmat ini. mungkin kerana kurang ilmu atau mungkin kerana sengaja. yang saya maksudkan disini adalah memandu dan menggunakan jalan semasa hujan.

masih ramai tidak faham bahawa pentingnya 'visibility' semasa menggunakan jalan. ianya bukan terhad kepada pemandu kereta sahaja. tetapi juga kpd penunggang motorsikal, pejalan kaki dan lain2 lagi. jika kita nampak pihak lain tidak bermakna pihak lain nampak kita.

kita sama2 bertanggungjawab utk memastikan kita sama2 'visible' kpd kedua2 pihak. maka pasangkan lampu semasa hujan atau apabila suasana menunjukkan tidak mudah untuk mebezakan diantara warna jalan, langit dan persekitaran. bagi pejalan kaki, dulu2 bawa lampu suluh. kalau tak pun, pakailah pakaian yg dapat menunjukkan kehadiran kita ditepi jalan.

bawa kereta mahal, tetapi kedekut tentang keselamatan diri dan orang lain. kalau berlaku kemalangan, bolehkah mereka yg tidak memasang lampu kenderaan dicajkan sebagai niat untuk membunuh?

Tiada ulasan: