Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Januari 11, 2011

DVD dan Pensyarah ...

semalam saya mendapatkan dvd utk konvo ke 73 uitm. ianya untuk dilihat oleh kedua orang tua saya yg tak dpt hadir ke konvo kerana berada di luar negara.

saya telah melihatnya terlebih dahulu di pejabat. alhamdulillah, kecelaruan mengenai tahap sarjana dan kelayakan akademik yg berlaku sebelum giliran saya berjaya diperbetulkan oleh pihak urusetia. maka untuk giliran penerima sarjana perakaunan forensik dan kriminologi kewangan, kami telah dimaklumkan dgn tepat kpd para hadirin.

saya simpati kepada rakan2 penerima terdahulu drpd saya. mereka yg menerima sarjana kedoktoran falsafah telah tersilap sebut sbg penerima sarjana. saya dpt lihat raut muka penerima2 yg tidak puashati kerana konvo adalah saat kemuncak pengiktirafan kejayaan mereka utk usaha mereka mencapai kelayakan akademik tertinggi.

dan dlm dvd sesi saya, kelihatan aksi2 pensyarah ... iaitu aksi saya. terima kasih kpd pihak uitm yg menghasilkan dvd utk tatapan kpd mereka yg ingin mengulangi saat2 manis menerima pengiktirafan kelayakan akademik drpd ydpa.

Tiada ulasan: