Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Januari 12, 2011

Jualan Buku Kedai Buku UiTM Kembali Lagi

bermula drpd semalam 11 jan hingga jumaat 14 jan, koperasi uitm bhd melalui kedai bukunya mengadakan jualan setiap semesternya di ruang bersebelahan ptar 1 uitm. jom kita kunjungi beramai2.

tadi saya singgah sebentar selepas hadir ke ceramah oleh profesor pelawat di ilqam. alhamdulillah, selain pelajar perakaunan,dan sains gunaan, terdapat juga pelajar fakulti komunikasi. yg saya tak jumpa adalah pelajar fakulti saya, sains sukan. saya semak dan dapati ada dijual buku kaunseling yg saya gunakan sbg teks utk kursus sps550 saya. tetapi semasa kuliah bersama lebih 100pelajar, kurang drpd 10pelajar memiliki buku teks ini. dimanakah prioroti mereka dlm berbelanja utk belajar?

harga utk buku2 yg dijual di kedai buku uitm lebih murah berbanding dgn buku2 di kedai buku di shah alam dan luar shah alam. saya suka melihat dan membeli buku2 'clearance sales'. tadi saya hanya beli 5buah buku shj. kosnya,,rm32.70 shj. apa tunggu lagi, jom la kita beli buku utk tambah ilmu sbg pensyarah dan pelajar di uitm.

Tiada ulasan: