Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 24, 2013

Kaya dan Kawan

kita biasa andaikan bhw orang ingin berkawan dgn kita jika kita kaya. kaya harta. tapi jika kita miskin budibahasa mungkin yg ingin hampir dgn kita bukan sbg kawan tetapi yg ingin ambil kesempatan. maka jika hanya kaya harta kita hanya kaya dgn harapan.

hari ini saya berjumpa beberapa kawan lama. ada yg kaya harta. ada yg tidak kaya harta. tetapi kesemuanya kaya dgn budi bahasa. tidak suka menunjuk2 dgn harta yg mereka miliki. mereka masih seperti dulu dgn kawan lama. tidak sombong. tidak menjauhkan diri walaupun dikira berjaya dgn harta yg ada.

semasa dgn kawan2 tadi, tidak terasa ada beza drpd segi harta dimiliki. tiada yg nak menunjuk2 harta yg dimiliki. mereka lebih suka bersama dgn kawan lama yg berkawan sejak sekolah lagi. kami kenal sudah lama. maka berkawan adalah secara ikhlas bukan sebab bermuka2. terima kasih kawan. walau tidak kaya harta, kaya dgn kawan membuat saya rasa kaya juga.

Tiada ulasan: