Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 29, 2013

Sandiwara Senduwira

ramai yg menjadi pemimpin atau ingin menjadi pemimpin adalah pelakon. iaitu mereka sebenarnya berlakon dgn membaca dan menghafal skrip. mereka akan berkata2 dgn kata2 yg boleh mempengaruhi pengikut atau bakal pengikut utk pilih mereka sbg pemimpin baru atau terus memilih mereka sbg pemimpin.

ada yg berkata hidup adalah lakunan kerana dunia adalah satu pentas. tapi bagi yg sedar, hidup adalah ujian dan keputusan ujian di akhirat nanti. mereka yg suka berlaku, suka bersandiwara adalah mereka yg suka hidup tidak berpijak di bumi nyata. pelakon ini adalah mereka yg suka hidup di awang2an. sebagai pelakon, mereka mengharapkan bayaran yg tinggi di dunia utk membolehkan mereka hidup mewah berbanding pengikut yg menjadi penonton lakonan pemimpin.

maka sandiwara adalah cara kehidupan seorang pemimpin yg suka berpura2. mereka ini tidak ikhlas, mereka ini hanya manis di mulut. lain orang lain bicara mereka. maka hanya mereka yg sedar akan sandiwara yg diulang2 ini akan menangis. menangis sebagai wira yg sedih dgn pengikut dan penonton yg memuja pemimpin yg tidak ikhlas dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab secara beramanah. walaupun peringatan dan teguran dilakukan berulangkali oleh wira yg berilmu, namun pengikut yg suka kpd lakonan dunia tetap memilih pemimpin yg hanya pentingkan diri pemimpin shj.

Tiada ulasan: