Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Disember 30, 2013

Tahun Baru Dan Sambutan

pada penghujung tahun kita biasa akan semak pencapaian kita berbanding matlamat disasarkan pada setiap tahun. dan kemudiannya kita akan sasarkan matlamat baru utk tahun baru.

ada yg sentiasa sasarkan matlamat hampir sama pada setiap tahun. ramai yg sasarkan utk berjaya. tetapi biasanya berjaya di dunia. ianya berjaya secara kaya di dunia. sasaran naik pangkat, sasaran naik gaji, sasaran kereta lebih besar, sasaran rumah lebih besar. kebiasaannya jarang atau tidak ramai membuat matlamat sasaran untuk lebih banyak kaya dgn bekalan akhirat.

mungkin sebab ramai rasa diri masih kebal. mungkin ramai pada setiap tahun rasa akan sentiasa ada masa lagi utk sambut tahun baru. maka ramai sasaran tinggal sasaran. maka ramai yg sentiasa tersasar. antara bukti sentiasa tersasar atau pencapaian lari atau akan sentiasa lari daripada matlamat adalah cara kita sambut tahun baru. tahun baru bagi islam adalah ikut kalender hijrah. maka yg suka sambut tahun baru gregorian sudah mulakan langkah dgn cara yg salah.

Tiada ulasan: