Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Disember 31, 2013

Tahun Baru Tempat Kerja Baru

bermula 1 januari 2014, dua staf pentadbiran fsr akan memulakan tugas di tempat baru. ianya sebahagian drpd kitaran kerja staf pentadbiran uitm. pelbagai sebab staf berhijrah ke tempat baru.

jika dulu dikatakan kita kerja di satu tempat sehingga pencen. ianya bermakna apabila kita bermula bekerja di satu tempat/organisasi, maka kita dijangka akan tamatkan pekerjaan kita di situ juga. itu dulu. sekarang berubah tempat kerja tidak bermakna seseorang itu tidak setia kpd organisasi. sebaliknya, ramai yg bertukar tempat kerja utk kebaikan diri dan organisasi.

elakkan drpd kita sudah tidak lagi produktif kpd diri dan organisasi tetapi kita tidak ingin berhijrah. perbuatan sebegini adalah satu perbuatan mengambil hak orang lain sebab seeloknya organisasi menggajikan seorang yg beri kebaikan kpd organisasi dan stafnya. jika ada yg lebih baik dan layak, eloklah kita sedar sudah tiba masa untuk kita berhijrah atau berundur. jika tidak, kita kena jawab di akhirat.

Tiada ulasan: