Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mei 10, 2012

Ugutan

setelah bosan melihat sikap yg buruk mereka yg tak patuhi peraturan uitm maka petang tadi saya berdiri berhadapan dgn palang ke kawasan akademik 3. saya ambil gambar setiap kereta yg masuk melalui laluan keluar yg palangnya telah diangkat (?) oleh seseorang. saya tak tahu siapa yg angkat palang utk laluan keluar. esok insyaallah akan jelas.

memang banyak kereta yg tak pedulikan bhw laluan masuk adalah utk kereta yg nak masuk ke kawasan bangunan akademik 3. yg ramai menyusahkan dan tak patuhi peraturan lalulintas adalah pelajar. dukacita ada juga staf. kebanyakan kereta yg masuk tidak mempunyai pelekat sama ada pelajar, staf atau pelawat. ada yg dgn selamba memecut kereta utk cuba mengelak drpd diambil kereta mereka. sorila gambar anda akan dipaparkan nanti. tunggulah hukumannya.

sedang saya mengambil gambar, sebuah myvi putih berhenti sebelum keluar. seorang lelaki keluar dan datang ke arah saya dgn sombongnya. seorang perempuan sebagai pemandu menunggu dgn muka yg risau dan takut2. lelaki tersebut bertanya dgn garang  'kenapa ambik gambar?'. jawab saya 'keselamatan'. beliau bgtau dia staf uitm sambil mengeluarkan kad staf. saya tak ambil dan lihat dgn teliti. malas dilayan. saya tanya 'kenapa tak ada pelekat staf?' jawab beliau 'boelh mintak 2 pelekat aje. dan yg ini kereta bini dia'.. beliau berkata 'cakap dgn baik ni' seolah2 mengugut saya. saya bgtau 'kalau tak bersalah jgn takut'. saya senyum. pegawai sebelah saya diam aje.

setelah myvi tu beredar barulah pegawai saya berkata,'betul ke bini dia?'. saya setuju. nampak lain macam aje. kalau tak bersalah tak perlu takut atau risau. tapi saya juga musykil kenapa beliau berpakaian tshirt, berseluar jean dan berseliper aje. betul ke staf uitm? insyaallah kita akan tahu kelak.

Tiada ulasan: