Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Mei 09, 2012

Demo Oleh Geng Topi Merah

pada hujung minggu yg lalu saya berhadapan dgn demo oleh geng topi merah (gtm). ahli2 geng ini beberapa kali melakukan demo yg pada saya memprovokasi saya dan masyarakat lain.geng topi merah ini memulakan demo mereka di lebuhraya pd-seremban. dan ianya diteruskan sehingga ke plus. sehinggalah dileraikan oleh seorang yg berani kerana benar dan gagah, besar dll. maka bertempiaran lari geng topi merah.

geng topi merah yg saya maksudkan adalah mat rempit/penunggang dan pembonceng motorsikal. semasa di lebuhraya pd-seremban mereka menunjukkan aksi (demo) superman menunggang motorsikal secara baring tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lebuhraya yg lain. mereka turut 'hogging' atau terjemahannya mem'babi' (kasar) atau meng'khinzir' (lembut) satu daripada lane kereta di lebuhraya pd-seremban dan plus dgn menungggang secaraberkumpulan sehingga hampir 10 motorsikal.

hero adalah pemandu sebuah bas ekspres yg meleraikan aksi2 'babi'/hogging dengan memandu rapat dan laju di belakang gtm. memang bertempiaran (cuda) gtm melarikan diri (menunggangkan diri) daripada asakan hero.

demo oleh gtm dan juga oleh mereka yg lakukan kesalahan di jalanraya/lebuhraya perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa. ini untuk menjamin dan memastikan jalanraya adalah selamat digunakan oleh majoriti atau kesemua pengguna jalanraya. antara geng lain yg lakukan demo haram adalah penunggang motorsikal yg gunakan laluan kereta iaitu tidak gunakan laluan khas utk motorsikal, pemilik dan pemandu kenderaan bercermin gelap, di uitm pengguna kenderaan yg tak patuhi peraturan lalulintas dan letakkereta uitm, pengguna kenderaan yg tidak nyalakan lampu semasa memandu di masa suasana tidak jelas untuk bezakan kenderaan dan persekitaran, dan pengguna kenderaan yg tidak gunakan lampu isyarat untuk membelok/menukar laluan serta mereka yg tak patuhi lampu isyarat.  jika tiada tindakan diambil terhadap geng demo ini maka tanggungjawab menjawab kerana pecah amanah adalah di kepala petugas yg diberi tanggungjawab.

Tiada ulasan: