Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 27, 2015

Masa Duka, Masa Suka

masa terus berlalu. masa tidak akan menunggu. sehinggalah tiba ke akhir waktu. apabila masa adalah selama-lamanya. minggu ini seperti masa yang biasa. ada masa duka, ada masa suka.

semalam seorang saudara kembali kepada yang maha kekal abadi. beza usia dengan saya hanya dua tahun, beliau lebih tua daripada saya. kepada yang sayangkan beliau, masa ini adalah masa duka. dan hari ini beliau disemadikan. hadirin menitiskan airmata duka.

semalam juga adalah masa suka untuk keluarga. menyambut ahli baru melalui pernikahan. tengahari tadi diadakan majlis makan. hadirin bergembira kerana masih lagi dipanjangkan usia dan dapat berjumpa. hadirin menitiskan airmata suka.

setiap masa adalah peringatan akan amanah kita. tentang masa yang terhad untuk persediaan hidup selama-lamanya. suka dan duka adalah kehidupan di dunia. kehidupan di akhirat, kita berdoa semoga sentiasa suka dan bahagia, bersama mereka yang kita sayangi.

Tiada ulasan: