Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, April 23, 2012

Tabung Haji

alhamdulillah petang tadi setelah saya ke pusat kesihatan uitm, saya ke cawangan bank islam di uitm shah alam. seperti di pusat kesihatan, bimb juga lengang kerana pelajar uitm sedang cuti pertengahan sem.

sudah lama saya nak buka akaun tabung haji. alhamdulillah tadi berjaya saya buka akaun tabung haji. jika nak buka akaun shj hanya perlu deposit rm50. tetapi utk mendaftar utk kerjakan haji perlu ada baki minima rm1350. alhamdulillah cukup baki dlm bimb utk saya daftar utk kerjakan haji. setelah mendaftar saya dimaklumkan bhw tahun pilihan tunai haji bg saya adalah 1469hijrah bersamaan 2048 masihi.

ini bermakna 36tahun lagi barulah saya dapat mengerjakan haji dgn tabung haji. jika umur saya panjang pada tahun tersebut umur saya adalah 81tahun ikut tahun masihi. nasihat dan pandangan seorang adik saya,'macam ni setiap bayi yg baru lahir perlu segera mendaftar utk kerjakan haji jika ingin mengerjakan haji semasa masih lagi berupaya di usia muda. insyaallah, kita merancang, allah menentukan yg terbaik utk kita.

Tiada ulasan: